Wednesday, April 19, 2006

Baju Kurung

Mak seorang seven-eleven (lelaki berpakaian wanita 24 jam) yang telah lama menjual diri dalam industri makeup. Yelah kena lah jual diri, kalau tak mana nak cari klient nyah. Rupa paras mak agak ok dan banyak yang anggap diri mak sebagai wanita yang tulen, atau mereka saje nak angkat bakul mak.

Anyway, mak nak cerite pasal semasa mak ade job kat Melaka untuk Maulidul Rasul yang lepas. Mak dah abis cantekkan klient mak, mak ikut sekali pergi function tu. Nasib baik mak pakai baju kurung berselendang panjang sebab function tu kat Masjid Besar Melaka. Ramai jeling mak yang tak nak tudung kepala mak. Buat ape mak tudung kepala, mak kan lelaki.

Mak rasa boring giler. Mak keluar jab untuk hisap rokok. Mak cubalah sorok-sorok tapi seorang tok imam ternampak mak.

'Cik adek tak sopan hisap rokok tau', dia berkata.

'Sorile bang', mak jawab.

Dah tu dia perhatikan muka mak, lalu dia bertanya,'Awak nie perempuan ke lelaki?'

'Lelaki bang,' Mak menjawab dengan segan pilu. Tapi mak terus sambung,'Jadi takpe lah hisap rokok kan bang?' Ingat mak bolehlah sambung hisap rokok.

Lantas dia berkata,'Kalau dah pakai baju kurung tu .... tak payah lah hisap rokok dek. Nak jadi perempuan kenalah perangai macam perempuan jugak.'

Kwang! Kwang! Kwang! MAK MALU NYAH!!!!!!!

3 comments:

Anonymous said...

heheheh funny.

Anonymous said...

ahahahahahahahhahaha!

mek, kucing gi jakarta ni. balik nanti kita gi tea-tea dengan auntie rubie ok?

Lily G said...

LOLOLOLOL

Sooooo funny. Sporting gak imam tu..ha ha